Monday, April 18, 2011

Melepaskan Dari Kejahatan Dan Maksiat

Dengan nama Allah yang amat murah didalam dunia lagi mengesihani akan hamba-Nya yang mukmin di dalam akhirat.  Segala puji bagi Allah  yang menurunkan Quran yang amat besar (iaitu petunjuk bagi orang yang takut akan  Allah Ta`ala.  Dan menjadikana hadis nabi-Nya Muhammad Sallallahu`alaihi Wasallam  itu akan jalan bagi orang yang dapat pertunjuk.  Dan Ia mentafsir keduanya itu dengan kitab Ihya `Ulumuddin bagi Imam Al-Ghazali RahimahullahuTa`ala.  Dan Mensucikan Allah Taala dengan dia daripada segala sifat yang kecelaan akan hati segala orang yang salik yang bersungguh-sungguh menjalani akan jalan yang benar.  Dan Ia memperhiasi  mereka itu dengan segala perangai yang kepujian  yang (iaitu sifat bagi segala orang yang `Arifin  yang Muqarrabin.  Dan rahmat Allah dan salam-Nya  itu atas penghulu kita Nabi Muhammad Sallallahu`alaihi Wasallam yang berperangai dengan segala perangai Tuhan sekalian `alam.  Dan atas keluarganya dan segala sahabatnya yang adalah mereka itu sabenar-benar dengan mengikut akan Nabi Sallallahu`alaihi Wasallam penghulu segala nabi yang mursal.  Dan atas mereka itu yang mengikut bagi mereka itu dan yang mengikut akan mereka itu dengan berbuat kebajikan hingga hari Qiamat.  Mudah-mudahan memberi manfa`at Allah dengan dia akan kami dan sekalian muslimin.

Ketahui olehmu hai saudaraku yang berkehendak menjalani jalan ini.  Sifat kepujian itu saperti yang disebutkan akan dia oleh Imam Al-Ghazali pada kitab "Arba`en fii usuluddin" itu sepuloh perkara.:
  1. TAUBAT daripada  segala maksiat yang dzahir dan yang bathin.
  2. KHAUF (takut akan Allah Ta`ala).
  3. ZUHUD (benci akan dunia dan tiada suka akan harta dan lainnya melainkan sekadar hajat jua).
  4. SABAR daripada segala bala dan daripada segala kesusahan.
  5. SYUKUR bagi Allah Ta`ala atas nikmat-Nya.
  6. IKHLAS (berbuat ibadat semata-mata kerana Allah Ta`ala dan tiada kerana lainnya).
  7. TAWAKKAL `ALALLAH (berpegang hati atas Allah Ta`ala ia meyerahkan sekalian perbuatannya dan sekalian tadbirnya itu kepada Allah Ta`ala.)
  8. MAHABBATULLAHI TA`ALA (kasih akan Allah Ta`ala dan lazim daripadanya kasih akan segala malaikat-Nya dan segala anbia-Nya dan segala muslimin.)
  9. REDHA akan segala qadha dan qadar-Nya (redha akan segala perbuatan Allah Ta`ala ).
  10. ZIKRULMAUT (mengingatkan mati pada tiap-tiap waktu dan tiap-tiap masa).

Rujukan : Sirassalikin Juz` 4
Save as Draft

No comments:

Post a Comment